• ;

27.03.2024 : Tahniah kepada Dr. Vasuki dan Dr Chelvi : Program KPPB : Pembelajaran Interaktif Merentas Kurikulum di SJKT Dovenby, Sg Siput.

 TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Vasuki Muniandy dan Dr Chelvi Murugayya Pensyarah Akademik  JIP, IPG Kampus Ipoh yang telah berjaya menjalankan program KPPB seperti berikut:

1. Program: Program KPPB : Pembelajaran Interaktif Merentas Kurikulum

2. ⁠Tarikh: 27 Mac 2024

3. ⁠Masa: 1.30-4.30 pm

4. ⁠Tempat: SJKT DOVENBY, SG SIPUT

Program ini bertujuan untuk mengisi program tahunan bagi pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta meningkatkan lagi komitmen pelatih terhadap aktiviti kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan . Selain itu program ini dapat dijadikan pengalaman dan satu tanda permulaan untuk memberi keyakinan dan keseronokan kepada murid-murid sekolah untuk mempelajari subjek-subjek berkaitan melalui pengaplikasian ICT. Selain itu melalui program ini juga dapat diterapkan nilai teras Madani seperti kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat-menghormati dan keyakinan.





Kongsi:

25.03.2024 : Tahniah Unit Prasekolah : Program Kesedaran Kesihatan Gigi Prasekolah Seri Mawar IPGMK IPOH

Syabas dan tahniah kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan kerana telah menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan Gigi Prasekolah Seri Mawar IPGMK IPOH pada 25 Mac 2024, anjuran bersama Unit Prasekolah JIP dan Klinik Pergigian Dr. Karthi.

Program dan lawatan dari ini telah dihadiri oleh murid Prasekolah Seri Mawar diiringi Guru dan AJK dari kalangan ibubapa murid Prasekolah. Turut hadir ialah Ketua Unit Prasekolah En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab dan Guru Prasekolah ialah Norzety Abdul Aziz.

Program dimulakan dengan penerangan tentang kebersihan dan penjagaan gigi dari Dr. Devia dibantu oleh dengan seorang pembantu doktor tersebut, Cik Putri.

Mereka juga telah mengajar cara dan teknik yang betul untuk menjaga kebersihan mulut dan gigi.

Murid-murid amat berminat dengan aktiviti menggosok gigi dengan betul yang dijalankan oleh pihak dari klinik berkenaan. 

Murid-murid Prasekolah juga kelihatan gembira apabila diberikan saguhati yang menarik dari klinik berkenaan.

Murid juga mendapat peluang bertanya sendiri tentang penjagaan gigi mereka dari pakar pergigian.






Kongsi:

19.03.2024 : Tahniah Unit Prasekolah : Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Dua Hala Bersama Murid Prasekolah.

Syabas dan Tahniah kepada Unit Prasekolah, JIP yang terlibat dalam  Program kunjung bantu aktiviti luar bilik darjah subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) pada 19.03.2024 (Selasa) di Dewan Seri Tanjung, IPGM Kampus Ipoh.

Program telah dihadiri oleh murid-murid Prasekolah Seri Mawar diiringi Ketua Unit Prasekolah dan Guru Prasekolah. 

Program ini dimulakan dengan penerangan tentang pembahagian 1 orang murid dengan 1 orang guru pelatih Pendidikan Seni Visual (PSV) dan kaedah pelaksanaan aktiviti empat bidang kegiatan PSV oleh pensyarah Unit Y9 iaitu Puan Salzuriawani Binti Ridzwan. 

Setiap guru pelatih telah memilih bidang masing-masing untuk memberikan latihan dan bimbingan untuk murid-murid yang dipilih. Mereka telah mengajar dan memberikan bimbingan berkaitan bidang seperti lukisan, catan, kolaj dan sebagainya. Murid-murid amat berminat dengan aktiviti Pendidikan Seni Visual yang mereka pelajari. Murid-murid juga kelihatan gembira apabila diberikan hadiah-hadiah yang menarik daripada pihak Unit Y9. 

Murid juga mendapat peluang bertanya sendiri tentang aktiviti-aktiviti seni yang lebih menarik secara langsung kepada guru pelatih dan menerusi bimbingan tersebut guru pelatih dapat mengenal pasti minat murid prasekolah dalam pelbagai bidang.









Kongsi:

22.02.2024 : Tahniah Dr Vasuki Muniandy : Penulis Modul - Pembangunan Dokumen Standard Latihan KPM

 Penghargaan Penglibatan Dalam Pembangunan Dokumen Standard Latihan KPM

******

 TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Vasuki Muniandy Pensyarah Akademik JIP, IPG Kampus Ipoh yang telah berjaya sebagai salah seorang Task Force Dalam Membangunkan Modul Dokumen Standard Latihan KPM 









Kongsi:

02.02.2024 - Tahniah Pn. Mastura Karimuddin dan Tn. Hj.Mohd Nizam bin Mohd Tejeri : Bengkel Hentikan Gangguan Seksual dan Buli

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn. Mastura Karimuddin dan Tn. Hj.Mohd Nizam bin Mohd Tejeri telah berjaya melaksanakan Perkongsian Profesionalisme di Bengkel Hentikan Gangguan Seksual dan Buli pada 2.2.2024 (Jumaat) bertempat di SMK Seri Iskandar.

Peserta bengkel adalah pelajar Pelajar Tingkatan 1 dan 2. Bengkel ini anjuran Unit Bimbingan Kaunseling, SMK Seri Iskandar.









Kongsi:

01.02.2024 - Tahniah Dr. Lok Wai Foong : Penulis Artikel Students' experiences with mobile devices for chemistry learning: A case study.

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah kepada Dr. Lok Wai Foong, Pensyarah Kanan JIP yang telah berjaya  dalam Penerbitan Artikel Penyelidikan dalam Buku "Progress in Language, Literature and Education Research", vol. 4, pp. 135-149 pada 01.02.2024.

Tajuk artikel tersebut ialah Students' experiences with mobile devices for chemistry learning: A case study.

Artikel tersebut ditulis oleh Dr. Lok Wai Foong (IPGMKI), Prof. Madya Dr. Mahizer Hamzah (UPSI). Terbitan B P International.








Kongsi:

31.01.2023 - Tahniah Pn Mastura dan Menti W15 : Bengkel "We Are The Best" di SMK Ulu Kinta

Tahniah kepada Pn Mastura Karimuddin bersama Menti W15 Unit Bimbingan dan Kaunseling,  IPGKM Ipoh telah melaksanakan Bengkel "We Are The Best" pada 31.01.2024 untuk pelajar Tingkatan 2 bertempat di SMK Ulu Kinta.

Program ini anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Ulu Kinta






Kongsi:

31.01.2024 - Mesyuarat JIP Bil 1 Tahun 2024.

Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil 1/2024 mengikut ketetapan berikut.

Tarikh : 31.01.2024 (Rabu)

Masa : 2.30pm

Tempat : Bilik Dahlia, IPGM Kampus Ipoh 

Dr. Mariah Kamarudin, 
Ketua Jabatan JIP mempengerusikan mesyuarat.






 

Kongsi:

30.01.2024 - Tahniah En Abdul Aziz Shamsudin : Penceramah Program Didik Hibur (Pembugaran Pendekatan Bertema Dalam PDPC)

Syabas dan tahniah kepada En  Abdul Aziz bin Shamsudin, Pensyarah Kanan JIP yang melaksanakan Perkongsian Profesional bertajuk Program Didik Hibur (Pembugaran Pendekatan Bertema Dalam PDPC) pada 30.01. 2024 bertempat di Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS), Sungai Siput (U), Perak.

Program ini anjuran bersama Unit Kurikulum PPD Kuala Kangsar dan SK Makmur Sungai Siput. 

Program ini dirasmikan oleh En. Mohamad Rozi bin Ngadiran, Timbalan PPD Pembelajaran, PPD Kuala Kangsar. 












Kongsi:

18-20.01.2024 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop On " Research Writing and Publication".

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop on " Research Writing and Publication" yang telah diadakan selama tiga hari dari 18- 20 JANUARI 2024 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 60 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini. 





Kongsi:

19.01.2024 - Bacaan Yassin : Aktiviti Bulanan JIP.

Jabatan Ilmu Pendidikan sentiasa menjaga dan melaksanakan aktiviti kerohanian sesama ahli jabatan. Ahli jabatan yang punyai kelapangan sentiasa berikan komitmen padu dalam pelbagai aktiviti jabatan. 

Program Bacaan Yassin dilaksanakan pada pagi Jumaat (Minggu 1 @ Minggu 2 setiap bulan). 

Semoga keharmonian sesama ahli Jabatan sentiasa dipertingkatkan dan Tuhan Yang Esa memberi kesembuhan pada ahli² jabatan yang kurang sihat. 




Kongsi:

18.01.2024 - Lawatan Rasmi Timbalan Rektor IPGM ke Ruang Tamu JIP

Dr. Mariah Kamarudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengiringi kehadiran YBrs.  Dr. Mazlan bin Aris, Timbalan Rektor, Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi merasmikan Ruang Tamu JIP, di Aras 3  Blok Angsana pada 18.01.2024, jam 1.00 petang. 

Turut hadir ialah YBrs Dr. Yusminah Mohd Yusof, Pengarah IPGM Kampus Ipoh dan Dr. Siti Rosni, Ketua Pusat Pengajian Siswazah, IPGM Kampus Ipoh. 

Sesi bergambar di ruang tamu JIP bersama-sama rakan pensyarah JIP.






Kongsi:

17.01.2023 - Tahniah Unit Prasekolah : Lawatan dan Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak Prasekolah Seri Mawar, IPGM Kampus Ipoh.

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada En Ahmad Jalalulail Abdul Manab, Ketua Unit Prasekolah, JIP dan Cikgu Norzety Abdul Aziz, Guru Prasekolah Seri Mawar,  telah melaksanakan Lawatan dan Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak Prasekolah Seri Mawar IPGM Kampus Ipoh.

Program ini anjuran Unit Prasekolah, JIP, yang berlangsung pada 17 Januari 2024 (Selasa), bertempat di Tinitin Town, Master Badminton Club Ipoh.

Lawatan ini telah dihadiri oleh 19 murid Prasekolah Seri Mawar diiringi ketua Unit Prasekolah, Guru dan AJK dari kalangan ibubapa murid Prasekolah. Ajk yang turut hadir ialah Pn Salbiah binti Mohd Nor.

Rombongan menaiki Van telah disambut dengan baik dan murid-murid amat teruja dalam aktiviti fizikal yang disediakan pada fasiliti berkenaan.

Sebelum pulang semua murid diraikan dengan sambutan Hari Jadi Tahunan. 







Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1