Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Zulliana binti Hassan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling yang berjaya membentang bahan inovasi berjudul KIT BiEMO seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 3.7.2025
Tempat: Bilik Gerakan, Aras Bawah Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Ipoh
Program : Peluasan Produk Inovasi KIT BiEMO (Bijak Emosi) sempena Program One Stop Center (OSC) Sejahtera Sosial Negeri Perak Tahun 2025 Bagi Daerah Kinta
Program ini anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN), Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kinta. Mesyuarat dipengerusikan oleh: Tuan Zulhisham bin Ahmad Shukori (Pegawai Daerah Kinta)
Pembentangan Inovasi KIT BiEMO untuk tujuan peluasan dan promosi telah dilakukan dalam mesyuarat pembentangan modul untuk program One Stop Centre Sejahtera Sosial Negeri Perak bagi tahun 2025. Dr. Zulliana binti Hasan selaku innovator telah membentangkan di hadapan Pegawai Daerah Kinta, Penolong Pegawai Daerah dan penghulu-penghulu mukim bersama dengan delegasi IPG Kampus Ipoh iaitu Timbalan Pengarah dan dua pensyarah akademik.
Kit yang dinamakan BiEMO iaitu Bijak Emosi merupakan satu kit untuk literasi emosi yang boleh digunakan daripada murid sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan peringkat universiti untuk membolehkan mereka berkongsi emosi secara sihat tanpa paksaan. Kit BiEMO telah menggunakan teori asas emosi yang diperkenalkan oleh Paul Ekman (1992) yang memperjelaskan tentang 7 emosi asas yang ada dalam dunia.
Peluasan ini telah mendapat maklum balas yang baik daripada Tuan Pegawai Daerah Kinta iaitu En. Zulhisham bin Ahmad Shukori dan beliau menyatakan persetujuan untuk menempah Dam BiEMO versi gergasi bagi tujuan aktiviti dalam modul B.A.N.G.K.I.T untuk program murid cicir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan