09.07.2025 - JIP Prihatin kepada Warga JIP.

Jabatan Ilmu Pendidikan sentiasa melaksanakan motto IPGM Kampus Ipoh yakni "The Inspiration Positive Objective Of Hearts" dalam melaksanakan kerjasama dan kejelekitan warga JIP. Kepimpinan Dr Mariah Kamaruddin, Ketua Jabatan sentiasa memastikan motto ini diserap dalam setiap tindakan tugas dan kehidupan.

Justeru, JIP menyampaikan sumbangan kepada warga JIP yang terlibat sebagai penceramah KPPB, selesai melangsungkan perkahwinan anak dan mengharungi peristiwa pemergian isteri (meninggal dunia) seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 09.07.2025 (Rabu)

Masa : 10.30am

Tempat : JIP, IPGMKI.

En Shaddin bin Sabri, Pen. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan telah menyampaikan hadiah dan sumbangan kepada warga JIP yang terlibat. Semoga kebersamaan dan prihatin ini kekal dan berterusan yang dikelola oleh Pengerusi JK Kebajikan JIP, Pn Anis Salwa Ahmed.

Tahniah kepada En Mustafa, Dr Vasuki dan En Shaddin yang selesai melangsungkan perkahwinan anak (Selamat Menerima Menantu)

Tahniah kepada Penceramah KPPB
(Tn Syed Jehangir, Pn Sarini & En Aziz)
Warga JIP mengucapakan takziah kepada Dr Kanthasamy yang kehilangan isteri tercinta (meninggal dunia)
Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1