09.07.2025 - Tahniah Dr Lok :Hari MQA Pensyarah Mengajar PISP.

Tahniah dan syabas kepada Dr Lok Wai Foong, Ketua Unit Pengajian Siswazah, JIP yang berjaya melaksanakan Hari MQA Pensyarah Mengajar PISP seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 9 Julai 2025

Hari: Rabu

Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Sakura

Hari MQA PISP ini anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan dengan kerjasama Unit Khidmat Pengurusan.

Sempena Hari MQA PISP ini perjumpaan dengan pensyarah mengajar dan penyelia projek Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) (PISP) telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Sakura, IPGM Kampus Ipoh. 

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti pengumpulan maklumat akademik pensyarah dan mengemaskini maklumat peribadi dalam sistem e-MAS, portal yang digunakan untuk memohon pengakreditasian MQA. 

Perjumpaan ini adalah penting kerana maklumat peribadi dan akademik yang terkini diperlukan untuk urusan permohonan akreditasi penuh MQA bagi PISP. PIhak urusetia mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Dr. Lok memberi bimbingan kepada pensyarah mengajar PISP di Bilik Sakura




Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1