KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA(KPPB) MELANGKAUI EKOSISTEM PEMBELAJARAN DINAMIK PENSYARAH IPG KAMPUS DI MUSIM PANDEMIK COVID-2019
TARIKH : 4 OGOS 2021
TEMPAT :Bilik 6: SESI
4:
MASA: 10.30 – 11.30
PAGI
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA(KPPB) MELANGKAUI EKOSISTEM PEMBELAJARAN DINAMIK PENSYARAH IPG KAMPUS DI MUSIM PANDEMIK COVID-2019
TARIKH : 4 OGOS 2021
TEMPAT :Bilik 6: SESI
4:
MASA: 10.30 – 11.30
PAGI
Tahniah dan syabas kepada Dr. Baskaran, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan dan rakan-rakan pensyarah lain yang turut melaksanakan Program Tea-Talk untuk EDUP3023 (Perkembangan Kanak-kanak) dan EDUP3013 (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia)
Tajuk perbincangan ialah Isu Sosiemosi Kanak-kanak Sekolah Rendah (Hubung kait dengan Teori Erik Erikson)- KPPB Rakan Pembelajaran
Program Tea-Talk EDUP3023 dan EDUP3013 Isu Sosioemosi Kanak-kanak Sekolah Rendah (Hubung kait dengan Teori Erik Erikson) berlangsung dengan tujuan:
i. Untuk mendedahkan pengetahuan dan pengalaman kepada guru pelatih kepentingan mengenalpasti isu-isu sosioemosi kanak-kanak sekolah rendah.
ii. Memberi pendedahan kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari unit W1, 3, 4, 7 dan PDPP bagaimana melaksanakan aktiviti Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) melalui Rakan Pembelajaran di samping meningkatkan amalan Kompetensi Global 6C dalam proses pelaksanaan sesuatu program.
Program ini berlangsung seperti butiran seperti di bawah:
Tarikh : 03.08.2021 (Selasa – 8.30 pm – 10.30 pm)
Tempat : Google Meet (https://meet.google.com/xhu-sjfn-tjt)
Penceramah Jemputan : Dr Suguna Sankaran (Pensyarah kanan – IPGK Bahasa Antarabangsa, merangkap panel penggubal RMK EDUP3023)
Pensyarah Penasihat : Dr Baskaran Kannan
Perasmian : En Zulkufli Mahayudin – KJ JIP, IPGKI)
Impak Program dari sudut peserta
Secara keseluruhannya, sesi ‘Tea-Talk’ ini sangat bermanfaat kepada para pelajar unit W1, W3, W4, W7 dan PDPP kerana banyak maklumat dapat dikongsikan sekaligus mendorong pelajar lebih faham akan Teori Erik Erikson dengan jelas. Cara penyampaian Dr. Suguna sebagai penceramah amat menarik dan tidak membosankan. Perbincangan dan penerangan secara dua hala memberi manfaat secara maksima kepada para pelajar dalam menyiapkan kerja kursus EDUP3013 dan EDUP3023. Di samping itu, pendekatan berbentuk interaktif yang dipraktikkan oleh Dr. Suguna seperti mentimeter, jamboard dan mind map sudah nyata bukan sahaja menarik minat semua pelajar untuk terus fokus malah meningkatkan semangat para pelajar untuk terus mendengar perkongsian beliau secara teliti. Pensyarah-pensyarah dari IPG Kampus Ipoh juga memainkan peranan penting dalam menjayakan sesi 'Tea-Talk' kerana mereka bukan sahaja memberi bimbingan dalam melaksanakan program ini malah memberi komen-komen yang membina. Kami belajar banyak perkara baharu dan tambahan melalui program berbentuk KPPB. Akhirnya kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami Dr. Baskaran A/L Kannan. Atas usaha beliau yang mempertemukan pelajar-pelajar dari unit W1, W3, W4, W7 dan PDPP dengan Dr. Suguna telah memudahkan urusan kami dalam melaksanakan tugasan kerja kursus dengan cemerlang.
Program Tea-Talk EDUP3043 : “Pengurusan Bilik Darjah Inklusif Yang Melibatkan Murid Berkeperluan Khas” (KPPB-Rakan Pembelajaran berlangsung dengan tujuan:
i. Untuk mendedahkan pengetahuan dan pengalaman kepada pelatih bagaimana mengurus bilik darjah inklusif yang melibatkan murid-murid berkeperluan khas.
ii. ii.
Memberi
pendedahan kepada peserta bagaimana melaksanakan
aktiviti Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna, melalui Rakan-pembelajaran
disamping meningkatkan amalan Kompetensi Global 6C dalam proses pembelajaran tersebut.
Program ini berlangsung seperti butiran di bawah:
-
Tarikh : 31.07.2021 (Sabtu), Masa : 9.00,
- Tempat: Microsoft Teams (https://bit.ly/37jGZBX)
- Penceramah jemputan: Dr Mohd Anuar bin Abdullah (Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, KPM)
-
Pensyarah
Penasihat: Pn Saripah Rabea’ah binti Syed Ali
-
Perasmian:
KJ JIP, En Zulkufli bin Mahayudin
-
Peserta:
Semua siswa siswi PISMP Ambilan Jun 2020 (Unit V) seramai 370
dan pensyarah dijemput seramai 15 org
5.
Impak
program terhadap peserta:
-
Kesedaran
supaya semua peserta bersedia dan berkeyakinan tinggi untuk menghadapi cabaran
dalam menguruskan bilik darjah inklusif yang melibatkan murid berkeperluan khas
-
Dapat
meningkatkan kefahaman bagaimana mengaplikasikan beberapa model dan kemahiran
pembelajaran yang terdapat dalam Amalan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(KPPB)
Majlis Lambaian Kasih sempena Persaraan YBrs. Dr Teh Hang Leng berlangsung dengan jayanya di Ruang Legar Pejabat IPG Kampus Ipoh.
Majlis berlangsung pada jam 10.30pagi. Turut serta dalam majlis itu ialah YBrs. Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh, En Zulkufli bin Mahyudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dan beberapa orang rakan Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan.
Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan Selamat bersara untuk Dr Teh Hang Leng. Semoga sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga.
Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan Selamat Bersara kepada Dr. Teh Hang Leng. Majlis Santunan Budi untuk beliau berlansung dengan jayanya secara dalam talian.
Pengacara Majlis : Nur Maizan bt Mohd Nor - Siswa Guru Opsyen Bimbingan dan Kaunseling.
Bacaan Doa drp Tn Hj Mazlan, pensyarah JIP“TEA TALK” EDUP 3043 : PENGURUSAN BILIK DARJAH INKLUSIF YANG MELIBATKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (KPPB - RAKAN PEMBELAJARAN)
PENCERAMAH : PN. ROHAIZA BINTI ABDUL RASHID, PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS, SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.
TUJUAN PROGRAM : GURU PELATIH MENGENALI TENTANG PENGURUSAN BILIK DARJAH INKLUSIF YANG MELIBATKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
TARIKH : 29 JULAI 2021 (KHAMIS)
MASA : 8.00 - 10.00 PAGI
TEMPAT : GM : https://meet.google.com/myc-esey-urb
ANJURAN : UNIT V9 ATAS BIMBINGAN PN ANIS SALWA BINTI AHMED@ADNAN DALAM KURSUS EDUP3043 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU@ JABATAN ILMU PENDIDIKAN KAMPUS IPOH
BILANGAN PESERTA : 35 GURU PELATIH ( V9 & V8) DAN 2 PENSYARAH
Program ini telah menegaskan pengurusan bilik darjah inklusif yang melibatkan murid berkeperluan khas dari segi pengawalan emosi dan penglibatan diri murid dalam aktiviti di bilik darjah. Selain itu, ceramah ini memperkenalkan Program Pembelajaran Individu (PPI) dimana keperluan sosial, pendidikan berkualiti dan kesamarataan hak asasi. Program ini telah diakhiri dengan sesi soal jawab yang meliputi pelbagai soalan yang berkaitan dengan PdPr pada masa pandemik Covid - 19 ini. Program ini telah menghubungkaitkan pelbagai jenis pelajar dengan pengurusan bilik darjah guru pelatih yang akan ke sekolah pada masa akan datang.
Tarikh : 30 Julai 2021
Hari: Jumaat
Masa: 9:00 pagi
Platform :Youtube Live
Klik pautan di bawah : 👇
____________________
KEHADIRAN:
¶ Pengarah
¶ Timb. Pengarah
¶ AM3P
¶ KJ, Timb KJ & KU
¶ Semua pensyarah,staf dan siswa guru
ANJURAN:
1. Jabatan Ilmu Pendidikan
2. JK Perhimpunan Bulanan dan Perayaan Khas, IPGK Ipoh
3. JK Perwakilan Pelajar
________________________
ATUR CARA MAJLIS:
9.00 pagi:
- Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
- Doa
- Ucapan Ketua Jabatan JIP
- Ucapan Pengarah
- Persembahan Khas siswa guru
- Tayangan Montaj Dr. Teh Hang Leng
- Ucapan Dr. Teh Hang Leng
- Ucapan penutup Pengacara Majlis
- Majlis Bersurai
_________________________
PAUTAN KEHADIRAN
Pautan kehadiran akan diberikan sewaktu majlis berlangsung secara dalam talian.
Marilah sama-sama kita meraikan Majlis Santunan Budi & Lambaian Kasih Dr Teh Hang Leng, Pensyarah Kanan JIP, IPG Kampus Ipoh.
Tahniah kepada En Rosli bin Ngah, pensyarah kanan Jabatan Ilmu Pendidikan yang melaksanakan kuliah (PDPR) Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia (EDUP3013) secara dalam talian berasaskan Google Meet pada 27.07.2021 (Selasa) bersama 15 orang siswa guru Unit W11 (PJK).
Justeru, En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan berkesempatan melaksana proses bimbingan instruksional pencerapan sewaktu proses PDPR subjek EDUP3013 itu berlangsung.
Siswa Guru unit W11 juga berkesempatan berbual-bicara dengan En Zulkufli bin Mahyudin berkenaan hala tuju dan skop KPPB dalam Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
Interaksi yang bersifat dua hala dan pelbagai soalan dapat dikemukan oleh siswa guru untuk memantapkan kefahaman mereka berkenaan pelaksanaan KPPB dalam sistem pendidikan di IPG. Penjelasan En Zulkufli yang mudah, ringkas dan padat mampu meningkatkan kefahaman siswa guru Unit W11(PJK).
Syabas dan Tahniah kepada Dr Mariah binti Kamarudin yang sentiasa berkongsi ilmu dengan masyarakat luar kampus.
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak turut menjemput beliau untuk membincangkan Domain Keseimbangan: Program Wanita Anti Jenayah "Punca Keganasan Rumahtangga: Ego Atau Emosi?
------------------------------------------------------
Sukacita dimaklumkan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak akan mengadakan Domain Keseimbangan: Program Wanita Anti Jenayah "Punca Keganasan Rumahtangga: Ego Atau Emosi?" pada ketetapan yang berikut :
🗓️ Tarikh : 26 Julai 2021 (Isnin)
🕙 Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
🎥 Tempat : FB Live Jpw Perak
=====================
📌 Link E-Sijil akan diberikan semasa program dijalankan.
Jangan lupa mengisi borang maklumbalas ini di pautan 👇🏻:
https://forms.gle/iQj7RqSQCjmjVFgz7
#WanitaCegahCovid19
#AmalkanPenjarakanSosial
#StaySafe
#KitaJagaKita
#KitaPastiMenang
Jabatan Pembangunan Wanita - JPW
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak
Seluruh warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha 2021 kepada seluruh warga IPG Kampus Ipoh.
SYABAS dan TAHNIAH kepada Cikg Norzety, Guru Prasekolah Seri Mawar yang terus menggalakkan para pelajar melaksanakan aktiviti Lawatan Maya ke lokasi-lokasi menarik. Para pelajar turut teruja dengan lawatan maya walaupun berada di rumah.
TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Faculty Development Programme on Research Design and Research Proposal Writing, yang telah diadakan dari 5 - 11 Julai,2021di Tamil Nadu, India.
Beliau juga telah membentangkan Kertas Kerja bertajuk " Research Method in Historical Studies".
Program ini dianjurkan bersama oleh Department of English, Kalasalingam Academy of Research India, Cape Comorin Trust India,Lavender Literary Club India Dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia.
SYABAS dan TAHNIAH kepada Pn. Hjh. Norhani Bebe binti Alta Miah, Pensyarah Kanan JIP, IPG Kampus Ipoh yang telah berkongsi ilmu untuk Program Budaya Membaca Dalam Kalangan Siswa Guru. Program ini berlangsung dalam talian pelantar Google Meet pada 09 Julai 2021, jam 9.30am. Seramai 80 orang peserta telah mengikuti program ini.
Program ini bertujuan untuk menyemai kesedaran budaya membaca dalam kalangan siswa guru. Menyuntik nilai cintai buku dalam kehidupan seharian. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian IPG Kampus Ipoh, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro Kebudayaan dan Kesenian dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kg Tersusun Batu 8 Ulu Kinta dan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh.
Program ini juga memberi impak untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan peserta pentingnya mengamalkan budaya membaca sebagai gaya hidup. Mendedahkan faedah-faedah yang diperoleh melalui amalan nilai ini.
SYABAS dan TAHNIAH kepada En Zulkufli Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dan Guru Pelatih TESL PDPP D4 yang berjaya melaksanakan Mini Forum sebagai salah satu amalan pedagogi KPPB. Sesi ini berlangsung dalam talian berasaskan Google Meet pada 08 Julai 2021 pada jam 2.30-4.30 petang.
Pelaksanaan Mini Forum ini bertajuk "Perspective from Western, Eastern and Islamic Philosophy of Education in Malaysian Primary Classroom" atau Perkaitan Antara Perspektif Falsafah Pendidikan Barat, Timur dan Islam dalam Konteks Amalan PDP Guru Di Bilik Darjah.
Keseluruhannya, Mini Forum ini berjaya menarik minat dan menyingkap keaktifan Guru Pelatih dalam berkomunikasi, seterusnya membina kompetensi Global 6C.