16.08.2025 - Tahniah Dr. Mariah dan Dr. Lok : Program Haluan Siswa Madani Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) Semester Ogos 2025

Syabas dan tahniah kepada Dr. Lok Wai Foong, Pensyarah Kanan, JIP yang telah berjaya menguruskan taklimat khas berkaitan Program Pengajian sempena Pendaftaran Haluan Siswa Madani, Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) Semester Ogos 2025 seperti ketetapan berikut : 

Tarikh: 16 Ogos 2025
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi - 5.30 petang
Tempat: Dewan Seri Tanjung

Juga tahniah kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin,Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan selaku Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dan Ketua Program PISP, telah menyampaikan taklimat Ketua Program kepada pelajar PISP kohort kedua ini.

Dr. Mariah sedang menyampaikan taklimat  Ketua Program PISP kohort ke-2.


Beliau telah menerangkan matlamat, Objektif Pendidikan Program (OPP) dan Hasil Pembelajaran Program (HPP) PISP dengan jelas. Struktur program dan agihan kursus mengikut semester juga telah disampaikan.

Taklimat tersebut diakhiri dengan nasihat dan pesanan demi menyemarakkan semangat pelajar baharu PISP. Semoga pelajar PISP kohort kedua ini dapat menyempurnakan pelajaran dengan jayanya. 

Pelajar baharu PISP kohort kedua yang mendaftar
Pelajar baharu PISP kohort kedua yang mendaftar
Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1