05.08.2025 - Tahniah Dr Sriraj : Pelantikan Panel Pewasit Jurnal (Reviewer)

Tahniah dan syabas kepada Dr. Sriraj telah dilantik secara rasmi sebagai Panel Pewasit Jurnal (Reviewer) bagi menyemak dan menilai kertas penyelidikan yang dikemukakan oleh penyelidik Kolej Komuniti Taiping bertajuk “Exploring the Role of AI in Higher Education: A Student-Centered Perspective” pada ketetapan di bawah :

Tarikh Pelantikan: 16 April 2025

Tarikh Pengesahan: 1 Julai 2025


Seterusnya, proses pewasitan ini melibatkan:

1. Penilaian isi kandungan kertas penyelidikan.

2. Pemberian ulasan serta cadangan penambahbaikan terhadap struktur, metodologi dan perbincangan hasil kajian;

3. Penyediaan pengesahan bertulis mengenai kesediaan dan penerimaan lantikan tersebut.

Pelantikan sebagai pewasit jurnal bertujuan untuk memastikan kualiti kertas penyelidikan adalah mengikut piawaian akademik serta memperkukuhkan budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah di institusi pendidikan tinggi.




Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1