05.08.2025 - Tahniah Cikgu Norzety : Johan Pentas Boneka Sempena Karnival Kecemerlangan Murid Prasekolah KPM 2025

Syabas dan tahniah kepada Cikgu Norzety Abd Aziz telah membawa pelajar Prasekolah  Seri Mawar, IPGMKI menyertai Karnival Kecemerlangan Murid Prasekolah KPM 2025 seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 05.08.2025
Tempat : SK Perpaduan
Anjuran : PPD Kinta Utara 

Tiga kategori telah disertai iaitu Pertandingan Pentas Boneka, Poster Canva, dan Tarian Lagu Rakyat. Keputusannya adalah :

1. JOHAN - kategori Pentas Boneka,
2. Tempat ke-5 - kategori Poster Canva, dan
3. Tempat ke-6 - kategori Tarian Lagu Rakyat.

Penyertaan ini telah memberi peluang kepada murid untuk menyerlahkan bakat serta membina keyakinan diri melalui aktiviti berasaskan kreativiti dan kerja berpasukan. Ketua Unit Prasekolah, Guru Dan pembantu pengurusan Murid yang terlibat juga memainkan peranan penting dalam membimbing murid hingga berjaya. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menyertai program-program seumpama ini pada masa akan datang.







Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1