01.08.2025 - Penutupan Rasmi : Showcase Projek Penulisan Buku Ilmiah JIP, 2025

Syabas dan tahniah atas kerjasama warga JIP telah berjaya melaksanakan showcase Projek Penulisan Buku Ilmiah 2025 (Bab Dalam Buku - Chapter In Book) dengan bimbingan Dr. Ganesan Shanmugavellu, Pensyarah Kanan, JIP seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 31.07 - 01.08.2025 
Tempat : PPD Cameron Highlands.
Masa : 8.30am - 4.30pm

"Saya berasa teruja dengan kerjasama dalam Warga JIP sehingga selesai showcase Projek Penulisan Buku", ujar Dr. Mariah Kamarudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan semasa ucapan beliau.

Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPGM Kampus Ipoh turut melaksanakan penutupan rasmi Showcase Projek Penulisan Buku Ilmiah, JIP 2025 (Bab Dalam Buku - Chapter In Book). Beliau mengucapkan tahniah kepada Warga JIP dan khususnya kepada Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan yang berjaya memimpin JIP dalam pelbagai aspek termasuk penulisan bahan ilmiah.

Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPGM Kampus Ipoh merasmikan Showcase Projek Penulisan Buku Ilmiah, JIP 2025.

Tn. Hj. Abd Muhaimin bin Ab Hamid, PPD Cameron Highlands menerima cenderamata daripada Pengarah IPGMKI atas usahasama menjayakan projek ini.



Warga JIP bersama Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPGKI.


Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1