• ;

25.06.2026 - Tahniah Dr. Sriraj : Penceramah Program kesedaran (PEERS)

 Syabas dan tahniah kepada Dr. Sriraj A/L Durailimgam, Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan amanah sebagai Penceramah Program kesedaran (PEERS)  

Tarikh: 25 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi – 9.00 pagi
Tempat: Perpustakaan, SMK Simpang Pulai

Semoga program ini dapat memberi pencerahan dan kesedaran kepada para pelajar SMK Simpang Pulai.





Kongsi:

23.06.2026 - Tahniah Dr. Zulliana : Penceramah bagi Program Intervensi Minda Sihat Murid Khusus dan Krisis di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.

Syabas dan Tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, telah dijemput sebagai penceramah bagi Program Intervensi Minda Sihat Murid Khusus dan Krisis di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh pada 23.06.2026 (Selasa). 

Program yang melibatkan seramai 64 orang murid ini memberikan penekanan terhadap kesejahteraan mental, pengurusan emosi dan pembinaan daya tindak dalam menghadapi cabaran.

Perkongsian ini diharapkan dapat membantu murid mengenali kekuatan diri, mendapatkan sokongan yang sewajarnya serta membina keyakinan untuk menghadapi kesukaran secara lebih positif dan berdaya tahan.





Kongsi:

19.06.2026 - Tahniah Dr. Zulliana : Pelantikan Pakar Penilai Penyelidikan Peringkat PHD, UTAR.

 Syabas dan Tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, telah dilantik oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) sebagai Pakar Penilai (Expert Validator) bagi projek penyelidikan peringkat kedoktoran dalam bidang Psikologi yang dijalankan oleh Nur Amanina binti Muhammad Tamizi.

Penyelidikan bertajuk A Phenomenological Study of Lived Experiences among Malaysian Emerging Adults Raised in Families with Narcissistic Dynamics ini memfokuskan pengalaman hidup golongan dewasa awal Malaysia yang dibesarkan dalam keluarga dengan dinamika narsisistik. Sebagai pakar penilai, Dr. Zulliana bertanggungjawab menilai kesesuaian soal selidik dan protokol temu bual serta memberikan cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh kesahan instrumen penyelidikan.

Pelantikan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang bimbingan, kaunseling dan penyelidikan, sekali gus mengangkat sumbangan kepakaran Jabatan Ilmu Pendidikan dalam jaringan akademik antara institusi.



Kongsi:

09.06.2026 - Tahniah Pasukan Unit BNK, JIP :Sesi Libat Urus Pembinaan Instrumen Penilaian Sesi Kaunseling Kelompok

Syabas dan Tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, bersama Dr. Nurul Shuhada, Dr. Sriraj dan Tn Hj Nizam telah terlibat dalam Sesi Libat Urus Pembinaan Instrumen Penilaian Sesi Kaunseling Kelompok bersama Jemaah Nazir Negeri Perak. 

Sesi yang berlangsung di IPG Kampus Ipoh ini dilaksanakan bagi meneliti dan membuat verifikasi terhadap instrumen yang sedang dibangunkan oleh pihak Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan instrumen tersebut bertujuan meningkatkan kualiti dan keberkesanan sesi kaunseling kelompok melalui kaedah penilaian yang lebih sistematik, jelas dan bersesuaian dengan amalan profesional. Pelibatan ini turut mencerminkan sumbangan kepakaran Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam menyokong usaha pemerkasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di institusi pendidikan.






Kongsi:

19.06.2026 - Tahniah Pn Mastura Karimuddin

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah kepada Pn Mastura binti Karimuddin yang telah melangsungkan perkahwinan anak beliau pada 06.06.2026 (Sabtu) lalu.

Justeru, Pn Anis Salwa, JK Kebajikan JIP telah menguruskan pembelian hadiah perkahwinan JIP untuk Pn Mastura. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan.

Dari Kanan : Dr Hamdiah telah menyampaikan hadiah kepada Pn Mastura.


Kongsi:

14.06.2026 - Tahniah Dr. Sriraj : Penceramah di Program Motivasi Murid dan Ibu Bapa

Syabas dan tahniah kepada Dr Sriraj A/L Durailimgam, Pensyarah Akademik, Jabatan Ilmu Pendidian, IPG Kampus Ipoh yang telah melaksanakan amanah sebagai Penceramah di Program Motivasi Murid dan Ibu Bapa. 

Program ini adalah anjuran Malai Perumal Pillai Education Centre, Batu Gajah seperti ketetapan di bawah :

Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Sri Subramaniyar Swami, Batu Gajah, Perak

Sasaran: Murid-murid sekolah rendah, sekolah menengah dan ibu bapa

Pastinya, sesi ceramah ini memberi impak positif bagi membina jalur kehidupan dalam kalangan pelajar dan ibu bapa.






Kongsi:

13.06.2026 - Tahniah Dr. Sriraj : Hakim Pertandingan Karnival Bahasa Tamil Peringkat Daerah Kinta Utara 2026

Syabas dan tahniah kepada Dr. Sriraj A/L Durailimgam, Pensyarah Akademik, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan amanah sebagai Hakim Pertandingan Karnival Bahasa Tamil Peringkat Daerah Kinta Utara 2026.

Ketetapan program ada seperti berikut: 

Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi – 3.00 petang
Tempat: SJK (Tamil) Chettiars, Ipoh, Perak

Anjuran: Persatuan Guru Besar SJKT Daerah Kinta Utara

Peranan : Hakim Pertandingan

Kategori Pertandingan: Melafaz Thirukkural Tahap 2.



Hakim Pertandingan Karnival Bahasa Tamil Peringkat Daerah Kinta Utara 2026
Kongsi:

07.06.2026 - Tahniah Dr. Ganesan, Dr. Sriraj dan En Habidin : Penerbitan E-Book Kemahiran Belajar

Syabas dan Tahniah kepada Dr. Ganesan a/l Shanmugavelu, Dr. Sriraj A/L Durailimgam dan En Habidin bin Aris, Pensyarah Akademik, JIP yang telah berjaya menerbitkan  e-book sebagai rujukan pelajar PISMP.

Tajuk Buku - Kemahiran Belajar
Kod Kursus - GKEB1072
Sasaran : Pelajar PISMP, IPG

Penerbitan e-book ini dapat menambah koleksi bahan bacaan untuk pelajar IPG seluruh negara.



Kongsi:

03.06.2026 - Tahniah Dr Ganesan - Penceramah sempena Bengkel Penyelidikan Pensyarah IPGKI

Tahniah dan syabas kepada Dr Ganesan A/L Shanmugavelu, Pensyarah Kanan, JIP yang telah melaksanakan tugas sebagai Penceramah bertajuk Penyelidikan Tekstual seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 03.06.2026 (Rabu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI

Pensyarah akademik setiap jabatan hadir sebagai peserta kursus. Informasi ceramah yang diberikan dapat memberi manfaat untuk semua peserta yang hadir.





Kongsi:

03.06.2026 - Tahniah Pn Yumi dan Pn Sarini : Penceramah Pemantapan AI Dalam PdP Guru-guru SK Bukit Jalil.

Syabas dan tahniah kepada Pn Yumi binti Abd Rahim dan Pn. Sarini binti Sulaiman, Pensyarah Akademik, JIP yang telah berjaya melaksanakan tugas sebagai Penceramah bertajuk Pemantapan AI Dalam PdP seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 03.06.2026 (Rabu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Siswazah, IPGKI. 

Peserta kursus dalam kalangan guru-guru SK Bukit Jalil. Semoga perkongsian ilmu berkaitan AI Dalam Pdp dapat mencetus idea pelaksanaan guru-guru di dalam kelas masing-masing.

Pn Yumi bersemangat memberi ceramah




Kongsi:

03.06.2026 - JIP - Bengkel Penyelidikan Pensyarah, IPGKI

Syabas dan Tahniah kepada pensyarah akademik Jabatan Ilmu Pendidikan yang telah mengikuti kursus Bengkel Penyelidikan Pensyarah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 03.06.2026 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang.

Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI

Anjuran : Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi dengan kerjasama Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGKI.

Pensyarah Akademik dapat maklumat terkini berkaitan tatacara penyelidikan dan teknik penulisan jurnal. 

Semua pensyarah akademik setiap jabatan termasuk JIP

Pensyarah JIP yang sedia berbincang dan melaksanakan tugasan kumpulan.


Kongsi:

22.05.2026 - Selamat Bersara En Jalal : Majlis Send-Off

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan selamat bersara kepada En Ahmad Jalalulail Bin Abd Wahab, Ketua Unit Prasekolahm Jabatan Ilmu Pendidikan. 

Majlis Send -off telah berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22.05.2026(Jumaat)
Masa :  3.30 petang 
Tempat : Anjung Seri Budiman (foyer)


En Jalal berbual mesra bersama Pengarah IPGKI dan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan 



En. Jalal bukan hanya menampal kata-kata hikmah di papan kenyataan, tetapi turut menampalnya dalam kehidupan ramai pelajar. Selamat bersara, pensyarah yang sentiasa memberi inspirasi


En Jalal mengetik kad kehadiran bekerja sebagai tanda akhir seorang Pegawai Perkhidmatan Awam.


En. Jalal telah menyerahkan kad perakam waktu kepada Dr Pengarah sebagai berakhirnya Pegawai Perkhidmatan Awam.



Kalungan bunga ini bukan sekadar simbol penghargaan, tetapi lambang kasih, hormat dan kenangan buat seorang pensyarah yang banyak berjasa


Para pensyarah dan warga IPG Kampus Ipoh berkumpul di foyer menyambut majlis send-off yang penuh bermakna ini. Suasana menjadi lebih istimewa dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang hadir memberikan sokongan dan ucapan selamat kepada En, Jalal yang diraikan.


Bergambar bersama warga JIP dan JB


Dengan lambaian penuh makna, En.Jalal mengucapkan selamat tinggal kepada tempat yang telah menjadi sebahagian daripada hidupnya selama bertahun-tahun


















Kongsi:

22.05.2026 - Majlis Perhimpunan Bulan Mei 2026 dan Santunan Budi

Syabas dan tahniah kepada warga Jabatan Ilmu Pendidikan telah menjayakan Sambutan Majlis Perhimpunan Organisasi Bulan Mei 2026 dan Santunan Budi seperti ketetapan berikut :

  • Tarikh : 22.05.2026 (Jumaat)
  • Masa : 8.30 am
  • Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI

Majlis Santunan Budi ini sempena persaraan 2 org warga IPGM Kampus Ipoh iaitu :

1. En. Ahmad Jalalulail Bin Abd Manab
- Ketua Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan

2. Dr. Arulnathan a/l Visurasam
- Pensyarah Akademik, Jabatan Bahasa

Anjuran : 

  • JKA & HEP : Perhimpunan Mei
  • JIP & JB : Majlis Santunan Budi
  • Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan & Santunan Budi


Poster Majlis

Dengan alunan nadaswaram dan miruthangam yang meriah, mereka diiring masuk ke dewan sebagai tanda penghormatan atas segala jasa dan pengorbanan mereka dalam dunia pendidikan.


Masuk ke dewan dengan senyuman, diiringi dua orang murid prasekolah yang comel.


Suasana indah ini menggambarkan betapa istimewanya penghargaan buat seorang pensyarah yang bakal menamatkan perkhidmatannya hari ini


Di sebalik kelancaran sesuatu majlis, pasti ada suara yang menghidupkan suasana. Dua juruacara ini bukan sekadar mengendalikan majlis, tetapi turut menceriakan setiap detik dengan senyuman dan karisma mereka


Walaupun kecil, persembahan murid prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh berjaya mencuit hati dan mencipta kenangan manis buat semua yang hadir


Ucapan Dr. Hamdiah binti Jailani
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan


Penyampaian Sijil Penghargaan Kementerian Pendidikan oleh Dr Pengarah kepada En. Jalal


Penyampaian Cenderahati JIP oleh Dr. Hamdiah,  KJ JIP


Gambar kenangan bersama warga JIP


Bersama Penyelaras dan Penolong Penyelaras 
Majlis Persaraan En. Jalal








Kongsi:

08.05.2026 - Tahniah Dr. Zulliana : Penceramah Motivasi Calon SPM 2026, SMK Bercham.

Syabas dan Tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, telah dijemput sebagai penceramah bagi Ceramah Motivasi Calon SPM 2026 di SMK Bercham, Ipoh. 

Program berlangsung pada 8 Mei 2026 (Jumaat), anjuran Unit Kurikulum SMK Bercham ini berlangsung dari pukul 8.30 hingga 10.00 pagi dengan melibatkan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2026.

Menerusi perkongsian tersebut, Dr. Zulliana memberikan penekanan terhadap pembinaan matlamat, motivasi kendiri, disiplin dan komitmen berterusan dalam menghadapi persediaan peperiksaan. Program ini diharapkan dapat menyuntik semangat serta meningkatkan keyakinan calon untuk terus berusaha secara konsisten sehingga tamat peperiksaan SPM 2026.



Kongsi:

23.06.2026 : Tahniah Siswa Guru BNK : Naib Johan dalam Jemputan Kejohanan Olahraga ke-64, IPGK Ilmu Khas

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Muhammad Irfan bin Izani (C13) dan Fatin Nur Hadirah binti Huzaimi (C13) atas penyertaan dalam Jemputan Kejohanan Olahraga Tahunan ke-64 IPG Ilmu Khas yang berlangsung pada 22 April 2026.

Selain itu, Muhammad Irfan bin Izani telah berjaya meraih Naib Johan dalam Jemputan Kejohanan Olahraga Tahunan ke-64 IPG Ilmu Khas dan mengharumkan nama IPG Kampus Ipoh.

Teruskan usaha dan membawa sinar pada masa akan datang! ✨


Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1